Terms of Use
WardRun is a free game, made and published by ben.devmax, an independent developer in Malaysia ("we"). By playing it, on the website or in an app, you agree to these terms. If you do not agree, please do not play. The iPhone, iPad and Android apps are published on the App Store and Google Play by HYDRAS MEDICAL SDN. BHD., Malaysia, for ben.devmax, and these terms apply to them too.
1. It is a game, and a work of fiction
WardRun is a fictional game about life in a hospital ward. Its hospital, people and cases are made up. It is not medical advice, not clinical training, and not a substitute for professional guidance of any kind. Take a break now and then. If flashing lights or a moving camera make you feel unwell, stop playing; Settings has a Comfort view with a calmer camera.
2. Who can play
You must be 13 or older. If you are under 18, you confirm that a parent or guardian is fine with you playing, and you need their permission before buying anything. The phone apps ask for your birth date once. If you are under 13 you can still play on your own, with co-op, voice chat, the boards, Sync, gift codes and feedback switched off.
3. Be kind: what is not allowed
Some parts of WardRun show other real people: the names in co-op rooms, quick messages, voice chat, and the names on the Doctor of the Month and Nurse of the Month boards. There is no tolerance for objectionable content or abusive people. You must not:
- harass, bully, threaten or insult anyone;
- use hateful, sexual, violent or otherwise offensive names, or names that pretend to be someone else;
- share another person's private information;
- cheat the boards, use bots, scripts or other tools to play for you, attack or overload our servers, or take the game's code apart;
- use the game to break the law.
4. Reporting and blocking
You can block any player: they disappear from your game and you will not hear them. In a co-op room or on a board, tap "Report or block a player" (or "Report a name" for a name on a board) to report or block someone. In an open room (Quick Join), the host can send someone out. Seen something else wrong? Tap Feedback / Report in Settings, or write to dev@wardrun.app.
We read every report and aim to act within 24 hours: we may remove a name, close a room, hide a score from the boards, or stop a device or a nickname from joining rooms, without notice, when the rules are broken. We cannot watch every room or name as it happens, so we rely on reports. Names, voices and messages come from other players, and you may meet something you do not like: block or report it.
5. Your progress, items and codes
Elaun, outfits and other items in the game are for fun, have no cash value and cannot be sold or traded for money. They are kept on your device (and in your account or shared save, if you use one). We may fix, rebalance or remove items and may reset boards. Kod hadiah gift codes are free, are not for sale, and may be limited in use. If you clear your browser or app data without a Sync save or Recovery code, your progress is gone.
6. Locker purchases
A few Locker items can be bought with real money. On the website, payment is through Stripe. These are digital items, and there are no refunds for website purchases, except for an item that does not unlock or a double charge. Write to dev@wardrun.app or tap Feedback / Report in Settings, with your Stripe receipt. In the iPhone, iPad and Android apps, payment is through the App Store or Google Play, and refunds there follow Apple's or Google's rules. A bought item stays yours on every device you link with Sync devices.
7. Our work and yours
The game, its art, music and code belong to us or our licensors. You may play it for fun, and share screenshots and videos of your play. You may not copy it, resell it, or pass it off as your own. What you type into the game (such as a nickname or a message to us) stays yours, but you let us show it where it is meant to appear (for example, your nickname on a board or in a room) and read it to run the game.
8. No promises, and limits
We make the game with care but give it "as is": it may have bugs, be unavailable, change, or stop altogether. We do not promise it will always be online. To the extent the law allows, we are not responsible for losses that come from playing, from other players, or from the game being unavailable. Nothing here limits rights you cannot give up under the law.
9. Changes and ending
We may update these terms. When a change matters, we will say so in the game, and the app will ask you to agree again. You can stop playing at any time. We may stop a person from using the game if they break these terms.
10. Law and contact
These terms follow the laws of Malaysia. Questions, reports or anything else: dev@wardrun.app.
Terma Penggunaan
WardRun ialah game percuma, dibuat dan diterbitkan oleh ben.devmax, pembangun bebas di Malaysia ("kami"). Dengan bermain, di laman web atau dalam aplikasi, anda bersetuju dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila jangan bermain. Aplikasi iPhone, iPad dan Android diterbitkan di App Store dan Google Play oleh HYDRAS MEDICAL SDN. BHD., Malaysia, untuk ben.devmax, dan terma ini juga terpakai pada aplikasi itu.
1. Ini game, dan ini fiksyen
WardRun ialah game fiksyen tentang kehidupan di wad hospital. Hospital, orang dan kesnya rekaan semata-mata. Ia bukan nasihat perubatan, bukan latihan klinikal, dan bukan pengganti panduan profesional. Berehatlah sekali-sekala. Jika cahaya berkelip atau kamera yang bergerak membuat anda pening, berhenti bermain; Tetapan ada Comfort view dengan kamera yang lebih tenang.
2. Siapa boleh bermain
Anda mesti berumur 13 tahun ke atas. Jika anda bawah 18 tahun, anda mengesahkan ibu bapa atau penjaga membenarkan anda bermain, dan anda perlu izin mereka sebelum membeli. Aplikasi telefon bertanya tarikh lahir anda sekali. Jika anda bawah 13 tahun, anda masih boleh bermain sendirian, dengan co-op, voice chat, papan markah, Sync, kod hadiah dan maklum balas dimatikan.
3. Berbudi bahasa: yang tidak dibenarkan
Sebahagian WardRun menunjukkan orang sebenar: nama dalam bilik co-op, mesej ringkas, voice chat, dan nama di papan Doctor of the Month dan Nurse of the Month. Kami tidak bertolak ansur dengan kandungan yang menyinggung atau orang yang kasar. Anda tidak boleh:
- mengganggu, membuli, mengugut atau menghina sesiapa;
- guna nama yang berbaur kebencian, lucah, ganas atau menyamar sebagai orang lain;
- berkongsi maklumat peribadi orang lain;
- menipu papan markah, guna bot, skrip atau alat lain untuk bermain, menyerang atau membebankan pelayan kami, atau membongkar kod game;
- guna game ini untuk melanggar undang-undang.
4. Melapor dan menyekat
Anda boleh menyekat mana-mana pemain: mereka hilang dari permainan anda dan anda tidak akan mendengar suara mereka. Dalam bilik co-op atau di papan markah, tekan "Laporkan atau sekat pemain" (atau "Laporkan nama" untuk nama di papan) untuk melaporkan atau menyekat seseorang. Dalam bilik terbuka (Quick Join), hos boleh mengeluarkan seseorang. Nampak sesuatu yang lain yang tidak kena? Tekan Maklum balas / Aduan di Tetapan, atau tulis kepada dev@wardrun.app.
Kami membaca setiap aduan dan cuba bertindak dalam masa 24 jam: kami boleh membuang nama, menutup bilik, menyembunyikan markah dari papan, atau menyekat peranti atau nama daripada menyertai bilik, tanpa notis jika peraturan dilanggar. Kami tidak dapat memerhati setiap bilik atau nama pada masa itu juga, jadi kami bergantung pada aduan. Nama, suara dan mesej datang daripada pemain lain, dan anda mungkin berjumpa sesuatu yang anda tidak suka: sekat atau laporkan.
5. Kemajuan, item dan kod
Elaun, pakaian dan item lain dalam game adalah untuk suka-suka, tiada nilai tunai dan tidak boleh dijual atau ditukar dengan wang. Ia disimpan dalam peranti anda (dan dalam akaun anda atau simpanan dikongsi, jika anda gunakannya). Kami boleh membaiki, mengimbang semula atau membuang item, dan menetapkan semula papan markah. Kod hadiah adalah percuma, tidak untuk dijual, dan mungkin terhad penggunaannya. Jika anda memadam data pelayar atau aplikasi tanpa simpanan Sync atau Recovery code, kemajuan anda akan hilang.
6. Pembelian di Locker
Beberapa item di Locker boleh dibeli dengan wang sebenar. Di laman web, bayaran adalah melalui Stripe. Ini adalah item digital dan tiada refund untuk pembelian di laman web, kecuali pada item yang tak masuk atau tercaj dua kali. Hubungi dev@wardrun.app atau tekan Maklum balas / Aduan di Tetapan, bersama resit Stripe anda. Dalam aplikasi iPhone, iPad dan Android, bayaran adalah melalui App Store atau Google Play, dan refund di sana mengikut peraturan Apple atau Google. Item yang dibeli kekal milik anda di setiap peranti yang dipautkan dengan Sync devices.
7. Hasil kerja kami dan anda
Game ini, seni, muzik dan kodnya milik kami atau pemberi lesen kami. Anda boleh bermain untuk suka-suka, dan berkongsi tangkapan skrin dan video permainan anda. Anda tidak boleh menyalin, menjual semula atau mengaku ia hasil kerja anda. Apa yang anda taip dalam game (seperti nama samaran atau mesej kepada kami) kekal milik anda, tetapi anda membenarkan kami menunjukkannya di tempat ia sepatutnya muncul (contohnya, nama anda di papan markah atau dalam bilik) dan membacanya untuk menjalankan game.
8. Tiada janji, dan had
Kami membuat game ini dengan teliti tetapi memberinya "seadanya": ia mungkin ada pepijat, tidak dapat dibuka, berubah atau berhenti. Kami tidak berjanji ia sentiasa dalam talian. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat bermain, akibat pemain lain, atau kerana game tidak dapat dibuka. Tiada apa-apa di sini mengehadkan hak yang tidak boleh anda lepaskan di bawah undang-undang.
9. Perubahan dan berhenti
Kami boleh mengemas kini terma ini. Jika perubahan itu penting, kami akan memaklumkannya dalam game, dan aplikasi akan meminta anda bersetuju sekali lagi. Anda boleh berhenti bermain bila-bila masa. Kami boleh menghalang seseorang daripada menggunakan game jika mereka melanggar terma ini.
10. Undang-undang dan hubungi
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Soalan, aduan atau apa-apa sahaja: dev@wardrun.app.